free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Popiah Simpulan Kasih


Bahan-Bahan:

1 paket kulit popia size 8" X 8" (50 keping) - Boleh dapat 1 kg popia simpul

Bahan Untuk Inti:

200 gram udang kering, direndam
400 gram kelapa parut
3 camca besar minyak
200 mililiter air  asam jawa
1 camca teh asam jawa}
1 camca besar ketumbar } disangai dan dikisar halus
2 camca teh jintan manis} disangai dan dikisar halus
1 camca teh jintan putih } disangai dan dikisar halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
2-3 camca besar pes cili
1 helai daun kunyit, dikoyak
garam, gula secukupnya

Bahan Kisar:

1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sentimeter halia
1 sentimeter lengkuas
1 batang serai

Cara membuat inti:

1 Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur. 
2 Goreng kelapa tanpa minyak hingga keemasan. 
3 Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah kisar, serbuk kunyit dan pes cili hingga wangi. Tuangkan air asam jawa, garam dan gula. 
4 Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan udang kering. Kacau tanpa henti hingga agak kering kemudian bubuh kelapa goreng. 
5 Kacau lagi hingga menjadi seperti serunding.

Cara membuat popia simpul:

1 Kulit popia di bahagi kepada 8 bahagian. Ambil 1 bahagian kulit popia yang telah dipotong tadi dan ceraikan. Ambil 1 lapisan...letak inti 1gram kemudian gulung dan simpul. Buat sehingga semua kulit popia habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan