free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Biskut Suji


Bahan-Bahan:

250 gram mentega 
100 gram tepung gandum 
2 biji kuning telur 
200 gram gula halus 
200 gram tepung suji
50 gram tepung jagung 
50 gram gajus, ditumbuk 
1 camca teh esen vanila 
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan
Daun ketumbar dihiris

Cara penyediaan:

1 Pukul mentega bersama gula hingga kembang. 
2 Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi. 
3 Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata. 
4 Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. 
5 Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan