free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Kuih Bakar Durian


Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan isi durian
3/4 cawan gula pasir
3 biji telor
1/2 camca teh garam
Sedikit pewarna kuning telor
Sedikit mentega/margerin/minyak
Sedikit bijan - disangai tersebih dahulu

Cara penyediaan:

1 Panaskan oven.
2 Blend kesemua bahan di atas hingga sebati.
3 Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan dengan sedikit butter/minyak. Apabila acuan telah panas, tuangkan adunan tadi sehingga penuh acuan tersebut. Tutup acuan dan biarkan selama 3 minit. Kemudian taburkan bijan dan bakar lagi selama 5 minit.
4 Kemudian pindahkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar sehingga kekuningan.
5 Sejukan dan sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan