free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Kek Keju Sinclair


Bahan-bahan:

1 liter krim keju
225 mililiter yogurt segar
250 gram gula aising
110 gram tepung jagung
60 gram susu tepung
4 biji telur
1 biji kulit lemon
10 mililiter esen vanila
750 mililiter air suam

Bahan A (Meringue):

65 gram putih telur
65 gram tepung kastor

Bahan B (Lapisan bawah):

50 gram biskut - dikisar kasar
50 gram mentega

Cara penyediaan:

1 Panaskan ketuhar pada suhu 150°c.
2 Satukan krim keju, gula aising, telur, esen vanila dan kulit lemon ke dalam mesin pengadun elektrik dan putar sehingga kembang.
3 Kemudian masukkan tepung jagung, susu tepung dan yogurt segar. Kacau sehingga rata.
4 Seterusnya masukkan bahan A yang telah dipukul sehingga menjadi buih putih yang ringan terlebih dahulu ke dalam adunan krim keju tadi. Sebatikan. Asingkan.
5 Untuk membuat bahan B iaitu bahagian lapisan bawah, masukkan biskut yang telah dikisar ke dalam mangkuk adunan dan masukkan mentega. Kacau sebati.
6 Setelah itu, tuangkan bahan B ke dalam acuan dan diikuti adunan kek keju.
7 Masukkan air suam ke dalam dulang pembakar dan letakkan acuan kek keju ke dalam dulang berisi air tadi.
8 Akhir sekali, bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan