free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Nasi Jenganan


Bahan-Bahan:

250 gram nasi putih
500 gram mi kuning
500 gram kangkung
250 gram taugeh
2 keping tempe
2 keping tauhu

Bahan Untuk Kuahnya:

250 gram kacang tanah
15 tangkai cili kering
300 mililiter air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1 Untuk kuahnya, kisar cili kering hingga halus kemudian masukkan pula kacang tanah.
2 Teruskan mengisar lagi hingga sebati.
3 Tuangkan bahan kisar dalam mangkuk dan bancuh dengan air asam bersama garam dan gula secukup rasa.
4 Hidangkan nasi putih bersama mi kuning, taugeh, kangkung, tempe dan juga tauhu.
5 Curahkan kuahnya dan gaulkan sekali. Sedia dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan