free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Macaron Mentega Kacang


Bahan-Bahan:

Bahan A:

135 gram gula aising
90 gram serbuk badam

Bahan B:

75 gram putih telur
50 gram gula kastor
300 gram mentega kacang - dibeli segera di pasaran Sedikit pewarna merah jambu

Cara penyediaan:

1 Campurkan kesemua bahan A dan ayakkan. Ketepikan.
2 Putar bahan B hingga kembang kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
3 Masukkan adunan pertama ke dalam bahan A dan letakkan perwarna merah jambu. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
4 Masukkan pula adunan kedua dan kacau perlahan hingga warnanya sekata.
5 Masukkan bahagian ketiga dan mesrakan lagi adunan perlahan-lahan.
6 Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulatbulat.
7 Rehatkan seketika macaron sehingga bahagian atas macaron benar-benar kering kemudian bakar dengan suhu 160°C selama 14 minit.
8 Apabila masak angkat dan rehatkan seketika macaron sebelum sedia dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan