free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Muffin Epal Kayu Manis


Bahan-Bahan:

200 gram tepung gandum
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
80 gram minyak masak
1 biji telur A
100 ml susu segar/UHT
2 biji epal merah,buang kulit dan potong dadu
12 keping cawan kertas

Cara penyediaan:

1 Panaskan ketuhar kepada 200 darjah celcius selama 15 minit.
2 Satukan minyak, susu, gula, garam dan telur.Kacau dengan pemukul telur hingga gula larut.
3 Tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk kayu manis di ayak ke dalam sebuah mangkuk adunan. Masukkan epal cincang dan gaul rata.
4 Tuangkan adunan (2) ke dalam tepung dan kacau hingga basah. Jangan overmix.
5 Susun cawan kertas dalam tin mufin berlubang 12.
6 Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga hampir penuh.
7 Bakar selama 25 minit hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan