free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Kek Cawan Cokelat Kukus



Bahan-Bahan:

Bahan A

150 gram minyak masak
180 gram susu cair
200 gram gula kastor
220 gram susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B

50 gram serbuk koko
90 gram tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Cara penyediaan:

1 Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur.  Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

2 Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3 Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4 Biarkan adunan selama 20 minit.

5 Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6 Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

7 Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan