free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Kuih Bakar Berlauk


Bahan-Bahan:

70 gram tepung gandum
200 mililiter santan
2 biji telur
20 gram minyak sapi
2 camca teh rata rempah korma/kari daging
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang-mayang halus
1 tangkai daun sup-mayang halus
1 biji cili merah-cincang
50 gram daging/ayam-dicincang
Sehelai daun pandan
Sedikit bawang goreng
Sehiris halia
Sehiris lengkuas
Sedikit garam

Cara penyediaan:

1 Ramas telur dan daun pandan,masukkan santan dan garam.Tapis dan masukkan adunan ke dalam tepung dan jadikan bancuhan batter.Rehatkan seketika.
2 Kisarkan halia,bawang merah dan bawang putih.
3 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes kari/kurma.
4 Apabila rempah agak masak,masukkan daging cincang dan sesuaikan rasa.Kemudian angkat.
5 Tumiskan daun bawang,daun sup dan cili merah dengan minyak sapi.Ketepikan untuk hiasan.
6 Panaskan acuan kuih bakar dan masukkan sedikit butter/margerin. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan inti yang telah dimasak tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180 c
7 Angkat dan hiaskan dengan bahan hiasan dan bahan goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan