Bahan-Bahan: |
5 biji telur diasingkan kuning dari putihnya |
150 gram gula kastor. |
250 gram mentega. |
1/2 tin susu pekat. |
1 camca teh esen vanilla |
150 gram biskut tawar, ditumbuk |
1/4 camca teh pewarna hijau |
15 bungkusan Haw Flakes |
Cara: |
1 Pukul putih telur hingga naik kemudian masukan gula, sedikit demi sedikit pukul hingga halus sebelum menambah gula lagi. |
2 Pukul mentega, susu pekat dan esen vanilla hingga ringan dan kembang. Campurkan kuning telur dan dipukul rata. |
3 Campurkan adunan kuning telur dan adunan putih telur, kacau hingga rata. Masukkan biskut, kacau dan bahagi kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian dengan pewarna hijau. |
4 Alaskan acuan kek bulat 21cm dengan kertas minyak yang telah disapu mentega. Ratakan adunan hijau di bahagian bawah acuan. |
5 Aturkan 3 bungkusan Haw Flakes di atasnya. Kukus selama 7 minit. |
6 Angkat dari pengukus dan ratakan adunan kuning di atas lapisan yang telah dikukus. |
7 Aturkan 3 bungkusan Haw Flakes di atasnya dan kukus semula selama 7 minit. Ulangi melapis hingga adunan habis. |
8 Biarkan kek sejuk dalam acuan selama 15 minit sebelum dikeluarkan. Pastikan kek sejuk sebelum di potong. |
Khamis, 14 Julai 2011
Kek Masam Manis
Label:
Kek Masam Manis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan