free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Biskut Kelapa

 
Bahan-Bahan:

250 gram butter
200 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan kelapa kering
1 cawan tepung ubi yang telah diayak
1 1/2 cawan tepung gandum yang telah diayak
bahan hiasan buah ceri merah yang potong kecil 

Cara penyediaan:

1 Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa supaya samarata.
2 Pukul butter dan gula sehingga sebati.
3 Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
4 Masukan kelapa yg telah digaul rata dengan tepung tadi.
5 Gaulkan sehingga menjadi doh lembut.
6 Canaikan dan teraplah mengikut acuan kegemaran.
7 Hiaskan dengan ceri merah dan bakar selama 15 - 20 minit dalam suhu 180'C.
8 Sejukkan sebelum simpan dalan bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan