free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Biskut Mentega Berbadam


Bahan-Bahan:

300 gram tepung gandum (plain flour)
225 gram mentega
150 gram gula kastor
1½ sudu teh esen badam

Cara penyediaan:

1 Panaskan ketuhar pada suhu 175ºC atau 350ºF.
2 Pukul mentega, gula kastor dan esen badam sehingga berkrim.
3 Seterusnya masukkan tepung dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
4 Uli doh dan bentukan memanjang setebal 4sm. Bungkuskan dengan kertas aluminium dan simpan di dalam peti sejuk selama dua jam.
5 Apabila doh telah sedia, potong doh setebal 6mm. Susun di atas loyang yang tidak melekat.
6 Akhir sekali, bakar selama 12 hingga 14 minit. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan