Bahan-bahan: |
1 kilogram umbut kelapa atau secukupnya dipotong dan cuci bersih |
1 biji bawang besar dihiris |
3 batang serai diketuk |
3 sudu besar kerisik |
Santan secukupnya |
Garam dan gula. |
Cara penyediaan: |
1 Masukkan umbut yang telah dibersihkan tadi ke dalam periuk. Tuang air sehingga melepasi paras umbut dan rebus sehingga umbut empuk. |
2 Setelah umbut empuk, masukkan pula bawang yang dihiris, serai dan santan secukupnya. Masak sehingga santan mendidih, kuah hendaklah sentiasa dikacau untuk menggelakkan pecah minyak. |
3 Masukkan kerisik, garam secukupnya dan sedikit gula. Gaul rata. |
4 Setelah kuahnya sesedap rasa, bolehlah matikan api dan dihidangkan. |
Rabu, 1 Disember 2010
Umbut Kelapa Masak Lemak Putih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan