free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Kerapu Goreng Sos Chili Hijau


Bahan-bahan :

1 ekor ikan kerapu dibuang tulang
100 gram halia cincang halus
100 gram bawang merah dihiris halus
100 gm bawang putih dikisar halus
50 gm cili padi dihiris halus
300 gm cili hijau dicincang halus
3 sudu air limau nipis
100 gm daun pudina dihiris halus
2 labu bawang besar dihiris kasar 

Cara penyediaan:

1 Goreng ikan yang telah dilumur dengan tepung jagung  sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2  Panaskan kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan bawang kecil.
3 Masukkan cili hijau,  daun pudina dan air  limau.
4 Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.. Tuangkan sos ke atas ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan