free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Keli Salai Masak Lemak Chili Api


Bahan-bahan :

4 ekor ikan keli bakar atau disalai terlebih dahulu
20 tangkai cili padi dikisar
3 batang serai dititik
3 sudu besar bawang dikisar
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
1/2 kilogram santan
2 cawan air  

Cara penyediaan:

1 Masukkan cili padi, serai, bawang serta air ke dalam periuk dan biarkan sehingga air mendidih selama lima minit.
2 Kemudian tuangkan  santan, asam gelu­gur, garam, gula dan daun kunyit.
3 Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian dituangkan ke atas ikan keli bakar.
4 Boleh juga ikan keli tadi dimasukkan sekali dalam santan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan