Bahan-Bahan: |
500 gram udang galah |
1 biji nenas dibuang empulur dan dipotong dadu sederhana besar |
2 sudu lada kering |
Sedikit belacan |
2 batang serai |
Garam dan gula secukupnya |
1 1/2 cawan santan pekat |
2 cawan air |
Minyak untuk menumis |
Bahan Untuk Dikisar: |
4 biji bawang merah |
3 ulas bawang putih |
1/2 inci kunyit hidup |
Cara penyediaan: |
1 Bersihkan udang dan buang bahagian muncungnya. |
2 Tumiskan bahan kisar. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada kering, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih. |
3 Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak. |
4 Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santan. |
5 Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Reneh sebentar sebelum diangkat. |
Selasa, 7 Disember 2010
Udang Masak Gulai Nenas
Label:
Udang Masak Gulai Nenas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan