free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Terung Masak Pajeri Ala Nyonya


Bahan-Bahan:

6 biji terung bulat
2 biji cili merah, belah dua
2 biji cili hijau, belah dua
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
8 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
5 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari ikan
3 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 1/2  cawan santan

Bahan Untuk Dikisar:

3 camca besar udang kering
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
5biji buah keras
2 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara penyediaan:

1 Terung dibuang sedikit kulitnya, potong 2 setiap biji dan belah 4 bahagian untuk setiap potongan, rendam dalam air bercampur sedikit garam.
2 Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan.
3 Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih hiris, kayu manis dan bunga lawang, masak hingga harum. Masukkan bahan bahan  kisar yang telah dibancuh tadi. Tumis hingga terbit minyak, gunakan  api sederhana.
3 Masukkan garam dan gula , kacau rata. Tuang santan dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
4 Masukkan terung, cili belah dan kerisik, kacau rata, kecik kan api dan masak hingga terung lembut dan kuah pekat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan