free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Acar Nyonya


Bahan-Bahan:

2 biji timun dikerat 4  buang empulur dan hiris  nipis memanjang
1 batang lobak merah dikerat 4, hirisnipis memanjang
2 bii bawang besar dibelah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
60 gram  kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 gram bijan, sangai hingga kuning keemasan
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam

Bahan Untuk Dikisar :

3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 gram udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan:

1 Satukan semua bahan bahan  sayur dalam satu bekas, gaul rata dan biar 30 minit.
2 Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan bahan  kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul sejuk.
3 Toskan sayur sayuran tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang kurang nya 2 jam sebelum dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan