free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Terung Goreng Bersambal Ala Nyonya


Bahan-Bahan:

4  biji terung panjang dipotong menyerong
2 helai daun limau purut
5 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar:

6 biji chili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
2 camca besar udang kering
2 biji buah keras
1/3 inci belacan

Cara penyediaan:

1 Goreng terung sebentar  dalam minyak panas(anggaran 2 min). Angkat, tos dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2 Panaskan sedikit minyak, tumis bahan dikisar  lumat hingga harum, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut dan masak hingga pecah minyak, tuang jus limau kasturi, gaul dan rasa.
3 Angkat sambal tadi dan letak atas terung, ratakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan