free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Tepung Gomak


Bahan-bahan:

Bahan Untuk Inti:

200 gram kacang hijau 
1 biji kelapa parut putih
500 gram gula melaka
300 gram gula pasir
2 helai daun pandan

Cara penyediaan:

Kacang hijau direbus hingga kembang.Kemudian tumbuk sampai hancur. Gula melaka dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yg sederhana besarnya. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam. Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Bahan Untuk Kulit Luar:

600 gram tepung pulut
1 mangkuk air
400 gram tepung kacang hijau
Sedikit garam

Cara penyediaan:

Uli tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Cara Penyediaan Tepung Kacang Hijau:

Untuk membuat tepung kacang hijau , terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai hingga kekuningan. Setelah itu barulah dikisar halus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan