free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Bubur Kacang Hijau Durian

Bahan- bahan:

1 kilogram kacang hijau direndam beberapa jam
2 ketul gula merah
1/2 cawan sagu mata ikan 
3 cawan santan
10 ulas durian
Daun pandan disiat dan disimpulkan
Secubit garam

Cara menyediakan:

1 Rendam kacang hijau hingga kembang dan kemudiannya direbus sehingga lembut.
2 Masukkan sagu mata ikan, daun pandan  dan gula merah, renehkan seketika.
3 Masukkan santan, isi durian dan secubit garam. Setelah mendidih matikan api. 
Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan