free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Tapai Pulut


Bahan-Bahan:

1 kg beras pulut
1 keping ragi dihaluskan jadi serbuk
secukup daun pisang untuk membungkus tapai

Cara penyediaan:

1 Beras pulut dibersihkan dan dicuci dengan air. Kemudian kukuslah pulut ini  sebentar dalam kukusan dengan sedikit air. Selang beberapa minit, keluarkan pulut dari kukusan, dikacau dan dibubuh sedikit air lagi. Buatlah begini sehingga masak. 
2 Dengan kaedah begini anda boleh memastikan pulutnya tidak lembik. Boleh juga dikukus secara biasa iaitu  memasukkan pulut bersama air di dalam sebuah bekas lalu dikukus tapi kurangkan sedikit air daripada biasa agar pulut itu tanak dengan cantik. Sejukkan sebentar.
3 Masukkan 1/4 pulut tadi ke dalam sebuah bekas yang dialas dengan daun pisang. Taburkan rata-rata serbuk ragi ke atasnya. Bubuh lagi 1/4 pulut dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua pulut selesai digunakan. Tutup periuk rapat-rapat.
4 Ambil sehelai kain putih dan bungkus periuk tadi. Kemudian peraplselama kurang lebih 3-4 hari.
5 Bila tapai sudah menjadi, baunya akan naik, dan ia akan mengeluarkan air yg manis. 
5 Bungkus tapai dengan daun pisang untuk menambahkan lagi aromanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan