free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Tenggiri Masak Kari Portugis


Bahan-bahan :

3 keping ikan tenggiri

Bahan A:

2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan B:

100 gram tomato dihiris
3 biji cili hijau dihiris
1 batang serai diketuk

Bahan C:

1/2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Bahan D:

5 helai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar chili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu kecil stok ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumiskan bahan A dan bahan C hingga naik bau.
2 Kemudian masukkan bahan B dan bahan D. Selepas itu, masukkan ikan tenggiri. Kacau sebati.
3 Masak sehingga kuah mendidih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan