free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Kerapu Masak Cuka


Bahan-bahan:

600 gram ikan kerapu
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil minyak
20 gm cendawan kering  direndam dan dihiris halus
3 batang sawi
5 cm halia  dihiris nipis
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1 Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar isinya.
2 Tumis hirisan halia sebentar saja, kemudian masukkan cendawan, cuka garam, 1 1/2 cawan air dan masak sambil dikacau hingga rata.
3 Masukkan ikan dan biarkan masak.
4 Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air kemudian tuang ke dalam kuah ikan. Balik-balikkan dan kacau hingga rata.
5 Masukkan sawi dan angkat setelah sawi layu sedikit. Hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan