free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Siakap Masak Lada Hitam


Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gram marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam


Cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan siakap dan goreng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.
2 Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.
3 Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan