free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Telur Dadar Berinti

Bahan-bahan:

6 biji telur
3 sudu minyak masak
100 gram isi ayam  dikisar
3 ulas bawang merah  dicincang
3 ulas bawang putih  dicincang
1 tangkai cili merah  dicincang
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
1 pokok daun salad
1 sudu makan mayonis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1 Pukul telur dengan sedikit garam.
2. Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan sesenduk telur. Lenggangkan kuali untuk membuat telur dadar. Apabila masak, angkat dan ketepikan. Ulangi proses sehingga telur habis.
3 Tumis bahan cincang untuk membuat inti. Bila bawang layu, masukkan isi ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata dan matikan api apabila ayam masak.
4 Biarkan sejuk, kemudian gaulkan dengan sedikit mayonis.
5 Ambil sehelai daun salad dan letakkan di atas telur dadar. Masukkan sesudu besar inti ayam dan gulung kemas. Ulangi proses sehingga habis.
6 Semasa menghidang, potong telur menyerong, hiaskan dan sajikan bersama cili sos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan