free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Lompat Tikam


Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Sira :

1 cawan gula merah
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan disiat siat

Cara penyediaan:

1 Masukkan kesemua bahan dalamperiuk dan masak sehingga mendidih.
2 Tapis dan ketepikan.

Bahan Untuk Lapisan Hijau :

1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan cair
½ cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
½ sudu teh garam

Cara penyediaan:

1 Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.
2 Gaulkan sebati semua bahan dan tapis.
3 Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4 Cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.

Bahan Untuk Lapisan Putih :

1 ½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

1 Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2 Masukkan adunan ke atas lapisn hijau yang telah masak tadi dan kukus selama 15 minit.
3 Sejukkan dan potong. Hidang bersama sira.
Sedia untuk dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan