free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Tapai Ubi Kayu

Bahan-Bahan:

1 kilogram ubi kayu dikupas kulitnya, potong anggaran 4-5cm dan dibilas 
1 keping ragi dihaluskan jadi serbuk
secukup daun pisang 

Cara penyediaan:

1 Rebus ubi yang telah dibersihkan tadi hingga separuh masak lalu ditoskan dan biarkan sejuk.
2 Susun selapis ubi kayu di dalam sebuah bekas . Taburkan rata-rata serbuk ragi tadi ke atasnya. Susun lagi selapis ubi kayu dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua ubi tadi habis. Tutup periuk rapat-rapat. 
3 Ambil sehelai kain putih  dan bungkus periuk tadi. Kemudian perap selama kurang lebih 3-4 hari.
4 Bungkus tapai dengan daun pisang untuk menambahkan lagi aroma tapai ubi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan