free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Sup Sawi Putih Bercendawan


Bahan-bahan:

2 pokok sawi putih
10 ekor udang basah
1 peket  cendawan tiram
6 biji fish ball dibelah dua
1 keping fish kek dihiris nipis
1 biji tomato dibelah lapan
2 pokok daun bawang dihiris panjang
2 pokok daun saderi  dihiris panjang
4 pokok daun ketumbar dihiris panjang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Hirisan:

6 ulas bawang putih
3 biji chili merah

Cara penyediaan:

1 Tumis bahan hirisan hingga bangkit baunya.Masukkan udang, dikacau sekejap
2 Masukkan air, fish kek, fish ball dan biarkan mendidih selama 10 minit. Seterusnya  sawi putih, cendawan dan biarkan sebentar.
3 Masukkan garam dan hirisan daun bawang, daun sadri,  tomato dan daun ketumbar.  Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan