free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Hati Masak Kicap


Bahan-bahan:

500 gram hati lembu direbus dan dihiris
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
4 biji cili padi dititik
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar:

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia muda

Cara penyediaan:

1 Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan bahan  kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
2 Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, chili padi dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati.
3 Masukkan hati, garam dan gula. Gaulkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Sedia untuk  dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan