free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Roti Bijian


Bahan-bahan:

400 gram tepung roti
50 gram tepung superfine
10 gram garam
2 sudu makan yis segera
100 ml fresh cream
30 gram biji labu manis
30 gram biji bunga matahari
5 gram bijan
200 ml air
4 sudu makan minyak sayuran

Cara penyediaan:

1 Bancuh yis segera dengan sedikit gula dan air suam. Biarkan seketika hingga yis berbuih.
2 Satukan semua bahan kecuali bijan dan uli menjadi doh yang lembut. Tumbuk doh untuk membuang angin nya. Masukkan kedalam bekas acuan roti.
3 Taburkan bijan di atas permukaan adunan dan biarkan doh naik lebih kurang  1 jam.
4 Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 C selama lebih kurang 3 minit atau sehingga permukaan roti bewarna keperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan