free counters

Khamis, 16 Disember 2010

Spaghetti Marinara

Bahan-bahan:


500 gram spaghetti 
1 biji bawang holland dipotong dadu halus
3 ulas bawang putih  dicincang halus
1 biji lada hidup atau 4 biji cili padi dimayang
300 gram campuran udang, sotong, kerang
100 ml jus tomato
4 biji tomato yang dicincang halus
2 sudu besar tomato puree 
1 sudu besar oregano
1 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak zaitun 
Sedikit daun parsley segar
Garam  dan gula secukup rasa


Cara menyediakan:


1 Rebus spaghetti. Toskan dan gaul dengan daun parsley.
2 Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar, bawang 
putih dan cili hingga kekuningan. Masukkan tomato puree dan
tumiskan sebentar. Masukkan tomato, jus tomato, sos tiram, 
oregano, lada hitam.

3 Masak hingga didih dan kuah hampir pekat. Lepas tu 
masukkan campuran makanan laut, gula dan garam. Biarkan
kuah agak pekat sebelum diangkat dan dihidang dengan spaghetti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan