free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Siakap Tumis Limau Purut


Bahan-bahan :

1 kilogram ikan siakap sederhana besar
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Sos:

1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
1 sudu kecil cili sos
1 sudu kecil sos tomato
1 biji tomato

Cara penyediaan:

1 Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan goreng dengan minyak yang penuh dan garing.
2 Panaskan minyak, tumis bawang, daun limau purut dan cili padi hingga naik bau.
3 Masukkan sos cili, sos tomato, air dan tomato.
4 Masak di atas api yang sedernana, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan