free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Siakap Salai Berempah


Bahan-bahan :

700 gm ikan siakap dibelah belakang dan asingkan tulang
1 sudu besar serbuk kunyit
10 gm rempah ikan bakar
1/2 cawan  cili kering kisar
2 labu  bawang besar dikisar
4 cm halia dikisar
6 ulas  bawang putih dikisar
1 keping gula melaka 
Sedikit asam jawa
2 cm  belacan
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit marjerin 
Sedikit madu 

Cara penyediaan:

1 Kemudian sapukan ikan dengan serbuk kunyit dan lada sulah.
2 Panggangkan ikan  hingga masak.  Sambil ikan dipanggang, sapukan dengan madu dan majerin.
3 Sementara ikan masak, sediakan bahan rempahnya.
4 Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
5 Barulah masukkan serbuk perasa, asam jawa dan gula melaka.
6 Masak bahan ini sehingga pecah minyak  dan pekat barulah diangkat.
7 Setelah itu, lumurkan bahan yang ditumis  tadi pada ikan dan siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan