Bahan Untuk Doh: |
250 gram tepung roti |
50 gram gula kastor |
1/2 camca teh garam halus |
10 g susu tepung |
1/4 camca teh bread improver |
1/4 camca teh bread softerner |
30 g telur |
6 gram yis segera |
20 gram mentega |
125 ml air suam |
Cara penyediaan: |
1 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. |
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal. Bulat bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. |
Bahan Untuk Inti Tuna: |
1 camca besar mentega, dicairkan |
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hingga hancur |
2 1/2 camca besar Mayonis |
1 biji bawang besar, dadu kecil |
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan |
1 biji limau kasturi, perah jusnya |
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar |
Cara penyediaan: |
1 Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. |
2 Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata rata . |
3 Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar. |
4 Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. |
5 Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. |
Jumaat, 3 Disember 2010
Roti Tuna Sandwich
Label:
Roti Tuna Sandwich
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan