free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Roti Mozarella

Bahan-bahan :

140 ml air  suam
300 gram tepung pau 
40 gm gula kaster
1 1/2 sudu teh yis
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softner
1 biji telor ayam
30 gram margerin
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung

Bahan Untuk Inti:

Butter dipotong kiub semasa sejuk
sedikit gula kastor untuk tabur
mozarella cheese

Cara Membuat:-
1 Campurkan kesemua bahan kering kecuali telor dan margerin. Bancuh yis dengan air suam dan tuangkan ke dalam adunan kering tadi. Uli sebati dan masukkan margerin.
2 Uli lagi sehingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan tutup. Biarkan naik 2 kali ganda lebihkurang 1 jam 30 minit. 
3 Keluarkan, tumbuk tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa ketulan kecil. Buat bulat dan isikan butter yang dipotong kiub. Biarkan lebihkurang setengah  jam supaya doh naik. 
4 Sapukan butter atasnya dan bakar. Selepas 20 minit keluarkan dan tabur dengan mozarella dan gula kastor. Bakar lagi lebih kurang 4 - 5 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan