free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Rebung Perut Masak Lemak Chili Api


Bahan-bahan :

1 perdu rebung segar  diracik halus dan direbus
1 kilogram  perut lembu dihiris nipis lebihkurang 3 inci panjang dan direbus empuk
3 cawan santan dari 1 biji kelapa
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
sedikit gula

Bahan Untuk Dikisar:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
9 biji chili kering
1 1/2 inci kunyit
1 inci lengkuas
2 batang serai
1/2 sudu teh  biiji ketumbar
1 sudu teh udang kering direndam hingga lembut
2 biji tomato
2 biji chili merah
10 biji chili api

Cara penyediaan:

1  Dalam periuk, satukan santan, bahan yang dikisar dan  asam keping. Masak sehingga kuah mendidih.
2 Masukkan garam, rebung dan perut yang telah direbus. Masak hingga sedikit pekat dan mengeluarkan  minyak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan