free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Daging Masak Singgang


Bahan-bahan :

1 kilo daging yang dihiris nipis, sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
10 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
2 inci halia dimayang
1 1/2 inci lengkuas dimayang
1/2 sudu teh  ketumbar biji ditumbuk separuh lumat
6 biji chili kering dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
1/2 keping gula melaka
1 keping asam keping gelugur.
Garam secukup rasa
Air untuk kuah.

Cara penyediaan:

1 Rebus keseluruhan dan dan biar sehingga empuk.
2 Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
3 Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra. Masukkan garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan