free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Pucuk Manis Masak Lemak Putih


Bahan-bahan :

2 ikat sayur pucuk manis diambil daunnya
3 biji keledek merah dipotong kecil
3 cawan santan pekat  dari 1/2 biji kelapa
2 cawan air
2 labu bawang besar dihiriskan
3 biji chili merah dihiriskan
3 sudu besar udang kering
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1 Rebuskan keledek dengan air sehingga lembut.
2. Bila sudah mendidih masukkan semua bahan bahan kecuali santan pekat dan biarkan mendidih lagi.
3 Masukkan pula santan pekat dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan