free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Pisang Muda Masak Lemak Chili Api

Bahan-bahan

1 sikat pisang emas muda atau lemak manis muda 
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

15 biji chili api 
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara penyediaan:

1 Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis. 
2 Rebuskan dengan garam sehingga mendidih dan toskan.
3 Masukkan bahan yang dikisar, ikan bilis dan pisang yang direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendidih.
4 Bila mendidih masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5 Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendidih sekali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan