free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Petola Suhun Tumis Air


Bahan-bahan :

3 biji petola dibuangkan kulit dan potong kecil dan nipis
1 batang kecil lobak merah dipotong kecil memanjang
1 biji cili merah dihiriskan
10 gram suhun direndam 
10gram cendawan tiram kering
10 ekor  udang segar dibuangkan kulit dan bersihkan
Sedikt serbuk lada sulah
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Untuk dihiris:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara penyediaan:

1 Panaskan  minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2 Masukkan udang, suhun dan cendawan kering. Kacau rata.
3 Masukan petola, lobak  merah, garam dan air. Biarkan mendidih.
4 Masukan chili merah hiris dan kacau rata sehingga nampak layu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan