Bahan-bahan : |
1 ekor ikan patin dibersihkan dengam asam jawa |
6 tangkai daun kesum |
1 batang bunga kantan |
40 ml air asam jawa |
2 sudu besar tempoyak |
Minyak untuk menumis |
Bahan Untuk Dikisar: |
8 ulas bawang merah |
4 ulas bawang putih |
4 cm kunyit hidup |
10 tangkai cili kering |
20 gram belacan |
Cara penyediaan: |
1 Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit belacans ehingga naik bau. |
2 Setelah tumisan hampir garing, masukkan cili dan kunyit. Tumis lagi sehingga wangi. |
3 Selepas itu, tuangkan air asam jawa dan air secukupnya. |
4 Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tempoyak. |
5 Akhir sekali barulah masukkan ikan patin. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak lebih sedap, masukkan bendi. Biarkanlah kuah sehingga mendidih. |
Rabu, 1 Disember 2010
Patin Masak Asam Pedas Tempoyak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan