free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Kembung Bakar Ala Padang


Bahan-bahan :

4 ekor ikan kembung besar

Bahan Tumbuk Halus:

1/4 sudu kecil lada hitam
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Kicap Manis:

1 labu bawang besar dipotong dadu
2 tangkai cili merah dipotong serong
2 tangkai cili hijau dipotong serong
2 biji jus limau nipis
125 ml kicap manis

Cara penyediaan:

1 Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula secukup rasa.  
2 Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata. 
3 Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal kicap manis. 
4 Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan