free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Paru Goreng Berchili


Bahan-bahan:

1 kilogram paru  direbus dengan 4 helai daun salam serta garam

Bahan Untul Ditumbuk:

1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 cm kunyit segar

Bahan Untul Dikisar:

10 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah 
20 ulas bawang merah 
Garam dan gula

Minyak masak secukupnya

Cara Menyediakan:

1 Paru dipotong ikut suka, kemudian gaul dengan bahan tumbuk dan garam. Perap setengah jam barulah boleh digoreng garing.
2 Keluarkan minyak goreng, tinggalkan cuma setengah cawan. Tumis bahan kisar untuk sambal hingga wangi, perisakan dengan garam serta gula.
3 Masukkan paru, balik-balikkan hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan