free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Hati Masak Ungkep Berkerisik


Bahan-bahan:

500 gram hati lembu direbus dan  dipotong 
11/2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut 
Air asam jawa secukupnya
Garam dan manisan secukupnya
15 biji cili api 

Bahan Untuk Dikisar:

3 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 batang serai dikisar
1/2 lengkuas dikisar
1 sudu besar ketumbar dikisar
1/2 sudu kecil jintan kasar dikisar
1/2 sudu kecil jintan halus dikisar

Cara penyediaan:

1 Gaulkan bahan-bahan yang dikisar, air asam, garam dan manisan pada hirisan hati lembu tadi. Perap selama mana yang diingini.
2 Panaskan minyak dan tumiskan perapan hati. Kacau. Masukkan daun limau purut dan cili api.
3 Kacau lagi dan masukkan kerisik ketika hati hampir masak. Gaul sebati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan