free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Muffin Lobak Merah


Bahan-Bahan:

320 gram tepung naik sendiri
50 gram susu tepung
250 gram gula perang 
200 gram lobak merah diparut halus
220 ml minyak jagung
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gram kismis
60 gram badam yang cincang

Cara menyediakan:

1 Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit
2 Tepung diayakkan bersama dengan susu tepung.
3 Masukkan semua bahan lain dan gaulkan rata.
4 Masukkan adunan dalam papercup dan letakkan dalam muffin tray.
5 Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan