free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Muffin Jagung Bermadu

Bahan-Bahan:

100 gram tepung gandum serbaguna
1 sudu besar serbuk penaik
Secubit garam
100 gram jagung kisar
3 sudu besar madu
50 gram kismis hitam
4 sudu besar minyak jagung
225 gram jagung berkrim dalam tin
1/3 cawan air
2 biji telur

Cara menyediakan:

1 Ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam, masukkan
jagung kisar diikuti dengan madu, kismis, minyak, jagung berkrim,
telur dan air, kacau rata.
2 Sudukan adunan ke dalam acuan muffin bergris.
3 Bakar pada suhu 180C selama 15 – 20 minit sehingga muffin naik dan berwarna kuning keemasan, hidangkan panas dengan mentega.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan