free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Muffin Coklat Chip


Bahan-bahan: 

250 gram tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram coklat cip
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur
1 biji telur 
1 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan:

1 Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar.
2 Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain.
3 Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata.
4 Masukkan coklat cip dan gaul rata.
5 Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
6 Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan