free counters

Sabtu, 11 Disember 2010

Meranumkan Buah Ciku

Buah ciku adalah antara buah buahan tempatan yang banyak khasiat dan mengandungi pelbagai vitamin. Bagaimanapun anda perlu memeram dahulu buah ini sebelum dapat memakannya.  Jika tersalah peram, buah ciku ini akan menimbulkan rasa tidak enak untuk dimakan. Cara terbaik untuk memeram buah ciku ialah dengan memetik buah yang tua, cucinya permukaan luaran dan getahnya terlebih dulu. Setelah itu keringkan dibawahan cahaya matahari selama setengah jam. Kemudian simpan buah ciku ini dalam tong beras dengan menutup keseluruhannya buahnya dengan beras. Peram selama 4-5 hari dan anda pasti akan mendapatkan buah ciku yang masak ranum.

2 ulasan: