Bahan-Bahan: |
500 gram mee kuning dicelur sebentar |
100 gram daging ayam dipotong nipis |
100 gram udang dibuang kulit badannya |
1 sudu besarsebuk lada hitam |
3 cm halia diketuk |
3 ulas bawang putih ditumbuk |
300 gram sawi dipotong |
100 gram kobis dipotong kecil |
1 batang labak merah dipotong kecil |
4 sudu besar cili sos |
5 sudu besar kicap manis |
5 sudu besar sos tiram |
2 cawan air |
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air |
2 biji telur |
Minyak secukupnya untuk menumis |
2 biji chili merah dihiris |
Limau nipis |
Cara penyediaan: |
1 Tumiskan halia dan bawang putih sehingga berbau wangi. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata. |
2 Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendidih. Selepas itu masukkan kobis dan lobak merah. |
3 Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.Bila mendidih masukkan telur. |
4 Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur. Hidangkan dengan cili merah dan limau nipis. |
Selasa, 7 Disember 2010
Mee Sizzling
Label:
Mee Sizzling
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan